Mesti ramai yang tertanya-tanya fenomena apakah yang terjadi di facebook sejak kebelakangan ni. Mana taknya. Ramai betul DP di facebook di hiasi gambar-gambar bewarna coklate.
contohnya macam gambar bawah nih..^^
"Solidarity with the palestinians" adalah sebagai tanda sokongan terhadap tahanan palestine yang sedang mogok lapar di penjara Israel. Ramai yang mempersoalkanapa manfaat yang diperolehi dengan menukar avatar macam kat atas ni. Dan ada jugak yang memperlekehkan. Kalau taknak tukar duduk diam-diam. Tak nak perlekehkan usaha orang lain.
Tapi tak jalan jugak kalau kita tukar DP je tapi takde kirimkan doa atau apa saja bentuk bantuan.Biar kita tukar sebab kita tahu dan faham.Bukan sebab Ramai orang tukar DP kita pun nak tukar.
Simbolik Penukaran DP
- Gambar kat atas tadi tu adalah simbolik kepada tahanan palestin yang dipenjarakan
- Coklat adalah warna pakaian yang di kuatkuasakanoleh Perkhidmat Penjara Isreal ke atas tahanan palestine
- Logo disebelah kanan yang bermaksud "shabas" dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan penjara Isreal.
- Tujuan kita menukar DP menggunakan avatar tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada orang ramai tentang nasib saudara Islam kita yang kini sedang dipenjarakan di Isreal dan sedang mogok lapar.Mogok lapar terbesar dalam sejarah
- Memang betul penukaran DP ini tidak dapat membantu secara langsung Tapi yang pastinya akan membuat semua orang tahu apa yang sedangberlaku dan mungkin semua orang Islam akan mendoakan mereka.Doa adalah senjata mukmin.=.='
- Anda tahukah tentang ini sebelum ini? Sekarang anda sudah tahu. Ini membuktikan motif penukaran DP kami telah berjaya mencapai matlamat.
Kalau anda ingin membaca lebih lanjut tentang hari nakbah {Sila klik di sini}




