Saturday, May 19, 2012

hari nakbah.

In the name of Allah,


Mesti ramai yang tertanya-tanya fenomena apakah yang terjadi di facebook sejak kebelakangan ni. Mana taknya. Ramai betul DP di facebook di hiasi gambar-gambar bewarna coklate.

contohnya macam gambar bawah nih..^^


"Solidarity with the palestinians" adalah sebagai tanda sokongan terhadap tahanan palestine yang sedang mogok lapar di penjara Israel. Ramai yang mempersoalkanapa manfaat yang diperolehi dengan menukar avatar macam kat atas ni. Dan ada jugak yang memperlekehkan. Kalau taknak tukar duduk diam-diam. Tak nak perlekehkan usaha orang lain.

Tapi tak jalan jugak kalau kita tukar DP je tapi takde kirimkan doa atau apa saja bentuk bantuan.Biar kita tukar sebab kita tahu dan faham.Bukan sebab Ramai orang tukar DP kita pun nak tukar.


Simbolik Penukaran DP

  • Gambar kat atas tadi tu adalah simbolik kepada tahanan palestin yang dipenjarakan
  • Coklat adalah warna pakaian yang di kuatkuasakanoleh Perkhidmat Penjara Isreal ke atas tahanan palestine
  • Logo disebelah kanan yang bermaksud "shabas" dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan penjara Isreal.
  • Tujuan kita menukar DP menggunakan avatar tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada orang ramai tentang nasib saudara Islam kita yang kini sedang dipenjarakan di Isreal dan sedang mogok lapar.Mogok lapar terbesar dalam sejarah
  • Memang betul penukaran DP ini tidak dapat membantu secara langsung Tapi yang pastinya akan membuat semua orang tahu apa yang sedangberlaku dan mungkin semua orang Islam akan mendoakan mereka.Doa adalah senjata mukmin.=.='
  • Anda tahukah tentang ini sebelum ini? Sekarang anda sudah tahu. Ini membuktikan motif penukaran DP kami telah berjaya mencapai matlamat.

Kalau anda ingin membaca lebih lanjut tentang hari nakbah {Sila klik di sini}


Friday, May 11, 2012

cemerlang


Walaupun dah hampir sezaman keluar keputusan SPM tapi kenapa baru nak buat entry..Tujuan saya buat post ni untuk mengabadikan sejarah bacth 13 ni..Memang la tak la gempak mana pun..Tapi ia tetap kenangan yang perlu disemadikan.. Kalau kerinduan nanti boleh baca balik entry ini..

Saya cuba untuk cari semula gambar-gambar bacth 13 untuk di semadikan disini.. Supaya kita semua ingat kita pernah bersama walaupun kita semua sudah di semua sisi dunia ni..

Kecemerlangan SPM 2011

Ahmad Zubair -10A
Nurul Firdaus - 10A
Zubair            - 9A
Asma'            - 8A
Muhd Fawzan - 7A
Ain sofiyyah - 6A
Nadiah         - 6A
Muhd zubair - 6A
Mohd Faiz   - 6A
Muhd Hafizuddin - 5A
Hasanah - 5A

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap karunia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain.(kerana) bagi laki-laki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan (pun) ada bagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

(An-nisa' :32)

 

lama..

Bismillahirahmanirahim,

Setelah berzaman blog ni tanpa post apa-apa entry tiba-tiba ada manusia yang baik hati nak aktifkan blog ni.. Ana cuma nak pastikan blog ni akan bagi manfaat kepada semua pembaca walaupun bolg ni macam tiada pembaca..

Dengan baik hatinya ana dah ubah serba sedikit blog ni..Kalau ada yang tak berkenan boleh edit balik.. dan dengan baik hatinya ana dah sediakan chatbox kat tepi tu..Jadi, Semoga kita dapat manfaat kan blog ni..

Ana harap pada ikhwah dan akhawat yang ada kekosongan boleh la tolong mengupdate apa-apa post yang berfaedah untuk semua..Email dan password ada dalam group..Boleh cari..

~Hamba Allah