بسم الله الرحمن
الرحيم
الرحيم
السلام عليكم
InsyaALLAH dalam beberapa hari lagi kita semua akan menjadi tetamu ramadhan yang
mulia. sama-samalah kita berdoa agar ALLAH panjangkan umur kita dan sekaligus
dapat kita bertemu dengan Ramadhan yang penuh keberkatan. dibawah adalah hadis
tentang kelebihan bulan ramadah.
Hazrat Salman r.a. berkata bahawa
Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan
Sya'aban: ( Terjemahan )
'Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu
bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam
( Lailatul- Qadr ) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah
s.w.t. telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan
berdiri pada malamnya ( bertarawih ) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang
cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama
seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa
yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang
menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.
Ia adalah bulan kesabaran dan
ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang
ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi
seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk
dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dan neraka dan dia mendapat ganjara puasa
orang tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjarannya. Sahabat-sahabat
r.a. lalu berkata : ' Tidaklah setiap dari kami mempunyai sesuatu untuk diberi
kepada orang yang berpuasa untuk berbuka'. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda : '
Allah s.w.t. memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun
sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa
untuk berbuka'.
Ia adalah satu bulan yang bahagian awalnya rahmat,
pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang
meringankan beban hamba-hambanya ( pekerja-pekerjanya ) pada bulan itu maka dia
akan diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan dari azab api
neraka.
Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan
Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu
memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamnu dapat meredhakan Tuhan kamu
dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah s.w.t. dan kamu
memohon istighfar daripada-Nya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak
kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah dan meminta perlindungan dari
api neraka.
Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang
berpuasa maka Allah s.w.t. akan memberinya minum dari telagaku ( pada hari
kiamat ), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke
dlam syurga '.


